Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Pandangan hati itu yang hakiki..
kalau hati itu bersih..
♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪♪ ♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪ ♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪ ♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪ ♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪
Masih ingatkah senikata nasyid ini??
dendangan kumpulan Hijjaz..
penyampaian mesej yang cukup berkesan buat kita semua..
.:: Pandangan Mata ::.
sekadar mentafsir apa yang dipandang dari luaran,apa yang dipandang itulah apa yang dilihat,benar pandangan mata itu selalu menipu kerana kadang kala perkara sebenar ditutup dan x ditunjukkan..makanya,mata hanya memandang apa yang ditunjuk sahaja tanpa mentafsir dan mengkaji sedalam-dalamnya....
.:: Pandangan Akal ::.
bagaimana dengan pandangan akal??
adakah benar selalu tersalah??
apabila mata yang memandang..akal memproses apa yang dipandang..adakah benar atau salah?apa yang dipandang itu yang sebenar2nya atau hanya sekadar dongengan?jadi apabila akal telah menta'kidkan bahawa apa yang dipandang oleh mata sama seperti apa yang difikirkan...maka itulah natijahnya..jika baek pandangannya,baeklah juga fikirannya..jika buruk pandangannya,buruk juga lah fikirannya...
.:: Pandangan Nafsu ::.
pandangan yang dikatakan berbahaya juga..kerana apabila nafsu bertindak,akal tidak dapat mengawalnya..jadi,jangan biarkan nafsu mengawal diri..
.:: Pandangan Hati ::..
hati..raja segala anggota..andai rosak hati,rosaklah segalanya..pandangan hati yg selalu dititikberatkan..kerana jika hati itu suci lagi bersih maka pandangannya sama seperti hatinya...jagalah hati..ia anugerah yang amat indah buat makhluk di dunia ini..
seperti dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim:
Abu Abdillah al-Nu'man bin Basyir r.a berkata: "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'HALAL itu jelas dan HARAM itu jelas, dan diantara keduanya trdapat hal2 musyabbihat (syubhat/samar,tidak jelas halal haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Sesiapa yang berhati-hati dgn hal2 musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. dan, sesiapa yang terjerumus dlm syubhat, maka ia sprti pengembala di sekitar tanah larangan, hmpir2 ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bhwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal2 yg diharamkan-Nya. Ketahuilah bhwa didalam tubuh ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik, dan apabila seketul daging itu rosak maka seluruh tubuh itu pun rosak.Ketahuilah dia adalah HATI'."
Kesimpulannya,segalanya berkait rapat..baik mata,akal,nafsu dan hati..masing2 memainkan peranan..kita sebagai manusia,hendaklah menggunakan mata memandang dan melihat akan kebaikan,jangan hanya dipandang akan kejahatan shaja..gunakanlah juga kehebatan akal untuk memikir sebaik2baiknya...sntiasalah bersngka baik pd manusia yang lain..nafsu pula,kawal lah ia,jangan biarkan nafsu mengawal diri,gunakan lah akal agar nafsu itu terkawal..dan jagalah hati sebaik-baiknya kerana kita mempunyai satu hati..dan hati itu tmpat trsimpan segalanya...mari hayati nasyid ini.. ^^
*maaf andai ada yang tersilap kata atau tersalah faham..huhuhu...peringatan buat diri yang selalu alpa
0 comments:
Post a Comment