Ada apa dengan cinta??
Apakah yang dinamakan cinta??
Adakah cinta itu buta??
Yang pastinya cinta itu sungguh murni lahir dari hati yang tulus mencintai..seperti cinta hamba pada Penciptanya..umat kepada Rasul junjungan..ibu bapa kepada anak..anak kepada ibu bapa..suami kepada isteri..isteri kepada suami dan cinta sesama saudara seislam...
Hmm..ramai yang salah dalam menafsirkan maksud sebenar cinta, bagi ana ia suatu yang cukup sinonim dalam hidup insan, semua tidak terlepas dari merasakan cinta..bagi setengah pihak,cinta itu mesti adanya pengorbanan, ye itu betul, cinta memerlukan pengorbanan, tetapi pengorbanan bagaimana? bukanlah korbankan diri pada lelaki yang tidak berhak tetapi berkorban diri pada jalan Allah..jika benar hati telah terpaut pada insan yang berlainan jenis, jangan sesekali membiarkan nafsu menguasai akal..kerana ikutkan nafsu diri merana..so,betapa bahagianya cinta yang diredhai Allah.
Bagaimana yang dikatakan cinta yang diredhai??
Mestilah mengikut apa yang ditetapkan dalam Islam, bukan didasari nafsu semata-mata..islam itu sungguh indah, ia tidak melarang manusia dari bercinta tetapi mestilah mengikut caranya..setiap perkara adalah harus sehingga datangnya dalil2 yang mewajibkan atau mengharamkan sesuatu..jadi cinta itu tidaklah haram akan tetapi mestilah mengikut jalan2 yang disyariatkan..