Dear Awak....
Hari-Hari Terakhir
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,
2. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?
3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);
5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingg
a terbit fajar!
Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadr.Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan yang membawa maksud bahawa setiap amalan yang termakbul pada malam itu samalah dengan amalan yang setara dengannya sebanyak amalan seribu bulan.Para Malaikat dan ruh diturunkan pada malam tersebut.
Sejahtera malam itu hingga terbit fajar (masuknya waktu Subuh).Ibadah yang jujur, ikhlas, konsisten, iltizam dan khusyuk pada sebarang masa.Tiada tanda-tanda fizikal yang dijelaskan oleh nas kecuali khabar-khabar angin semata.
Aisyah Radiallahuanha mengatakan, “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.”(HR Bukhari dan Muslim)
``Ya Rasulullah bagaimana kalau saya bertemu Lailatul Qadar? Apa yang harus sayaucapkan pada malam itu?'' Baginda bersabda: Ucapkanlah: ``Ya Allah kami bermohonpada-Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni (hambahamba-Mu), maka ampunilah (dosa-dosa) kami.''(Riwayat Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majahdan Ahmad).
Doa lain yang baginda baca ialah seperti berikut yang bermaksud: Wahai Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, danpeliharalah kami dan siksa neraka (QS Al-Baqarah [2]: 201).
SILENT is GOOD::.
Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang asas tubuh ialah diam dan baik perangai"
Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan
Hikmah Berdiam Diri
Banyak diam tidak semestinya bodoh,banyak bicara tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.
Manusia banyak bicaranya namun kadang kala tidak sedar adakah kalamnya itu membawa manfaat atau hanya sia-sia.Orang mukmin yang berjaya,dari mulutnya atau dari kata-katanya melalui tulisan menggunakan keupayaan yang diberi dengan mengeluarkan butir-butir hikmah baik untuk dirinya dan juga orang sekelilingnya.Alangkah bahagia jika diri dalam kategori ini.Oleh itu,andai tiada apa yang ingin dikatakan atau hanya membawa perkara yang sia-sia,diam itu lebih baik..^-^
HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.
Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”. (Riwayat At-Tarmizi)
Jangan Bersedih Andai Tiada Cinta Insan Untukmu...
Jangan bersedih andai tiada cinta insan untukmu,belum masanya untuk kamu menerima semua ini..jagalah cinta padaNya..InsyaAllah akan hadir cinta yang lain bersamanya..(◕‿◕✿)