بسم الله الرحمن الرحيم
Kadang kala diri bertanya untuk apa kawan itu? untuk apa sahabat itu? penting ke???emmmm......
Benar bahawa sahabat itu penting dalam hidup kita, kadang2 kita tidak dapat survive jika berseorangan.Sahabat jugalah tempat kita mengadu sedih,gembira n everything yang berlaku pada diri kita.Akan tetapi untuk mencari sahabat sejati amat sukar ditemui, bagaikan mencari mutiara dihimpunan kaca, ibarat mencari kekasih gitu.. hehehe..
- Seseorang yang menjalinkan persahabatan hendaklah saling mengutamakan kepentingan sahabatnya dengan harta, tenaga, kepandaian dan sebagainya disamping memenuhi keperluan masing-masing tanpa dipinta.
- Teguh menyimpan rahsia dan keaiban sahabatnya samada di hadapan atau di belakangnya.
- Sentiasa menjaga percakapan masing-masing dengan kata-kata yang menggembirakan dan sentiasa hormat menghormati di antara satu sama lain.
- Memanggil nama sahabatnya dengan nama yang disukai oleh sahabatnya.
- Bersedia untuk memaafkan kelemahan dan kesalahan dengan cara yang disenangi. Seperti tidak memarahinya tetapi sebaliknya memberikan nasihat dan teguran yang baik.
- Mendoakan sahabatnya agar sentiasa di dalam petunjuk dan mampu menunaikan amanah semasa hidup atau matinya.
- Berusaha meringankan beban keluarganya semasa adanya atau setelah ketiadaanya.
- Tidak memberatkan sahabatnya dengan bebanan yang menyulitkan serta bersedia untuk sama-sama menghadapi kegembiraan atau kesedihan dan sentiasa berbuat baik kepadanya.
- Tidak memotong percakapannya ketika dia sedang bercakap dan mendengar sehingga selesai percakapannya.
- Sentiasa mendahuluinya memberi salam dan memberi penghormatan padanya apabila dia meninggalkan majlis.
Kepada sahabat2ku...maafkan segala keterlanjuran diri ini selama kita bersahabat, terima kasih diatas segala keprihatinan antunna pada diri ini...ingat tau simpan xbermaksud dendam...
Sayang Antunna semua