-->
« Leelou Blogs
CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
skip to main | skip to sidebar
✿ WaRdaH ✿ ✍.::TiNta daRi h❤Ti::.

Lady Bug Note Generators

Itu Qadar Allah

بسم الله الرحمن الرحيم
Beriman dengan Qada' dan Qadar...

Setiap insan yang bergelar Muslim mengetahui bahawa ini adalah salah satu rukun iman iaitu beriman dengan Qada' dan Qadar.Setiap perkara dan hal-hal kehidupan manusia di muka bumi ini telah ditentukan takdirnya, akan tetapi takdir itu boleh berubah dan tidak boleh berubah.Contohnya seperti (lapar- makan), (sakit- berubat) ianya boleh berubah manakala rezeki, ajal, jantina tidak boleh berubah.Sebagai seorang Muslim yang mempraktikkan nilai2 islam dalam kehidupan seharian adalah tidak elok jika sering menyalahkan takdir diatas sesuatu yang berlaku, akan tetapi bersyukurlah diatas apa yang terjadi kerana Dia masih sayangkan kita, dan dunia ini hanyalah sebuah pentas yang penuh dengan ujian maka bersabarlah dalam menghadapinya.(^_^)

Kita renung sejenak apakah yang dimaksudkan beriman dengan Qada' dan Qadar :
Mengimani dan meyakini bahawa segala yang berlaku adalah dengan ketentuanNya dan dibawah kekuasaan serta ilmuNya. Ketetapan ini boleh diubah atas pilihan manusia sendiri.
Rasulullah SAW bersabda:
"...Sekiranya engkau ditimpa musibah, maka janganlah kau berkata; Sekiranya aku lakukan ini maka inilah yang akan berlaku, akan tetapi katakanlah apa yang menimpa aku adalah qadar Allah dan Dia berhak melakukan apa yang dikehendaki. Sesungguhnya 'kalau' boleh membuka amalan syaitan"
(Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis ini dapat kita simpulkan bahawa segala yang berlaku adalah mengikut qadar Allah, dan Allah berhak melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya.Seperti yang kita sedia maklum, setiap insan telah ditentukan qadarnya dan janganlah kita ,menafikan apa yang telah ditakdirkan untuk kita.

Rasulullah bersabda dalam hadisnya:
"Tidak ada seorang pun dari kalangan kamu melainkan telah diketahui tempat tinggalnya sama ada didalam neraka atau syurga".
Para sahabat bertanya:
"Wahai Rasulullah, kalu begitu kenapa kami perlu beramal? Tidak bolehkah kami berserah kepada qadar Allah sahaja?"
Rasulullah menjawab:
"Beramallah, setiap kamu dipermudakan beramal mengikut qadar yang ditetapkan."


Kesan beriman dengan Qada' dan Qadar.


  • Menjadikan diri lebih bermotivasi untuk berusaha kerana yakin dengan janji Allah.
  • Menjadikan diri berani kerana tahu sebarang mudarat / manfaat yang berlaku adalah dengan izinNya.
  • Menjadi seorang yang bersyukur diatas segala nikmat dan reda diatas segala ujian kerana tahu segala yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.
  • Tidak dengki terhadap nikmat yang diperoleh orang lain kerana tahu masing-masing telah ditetapkan habuannya.
  • Jauh dari putus asa kerana yakin disebalik kepayahan ada kesenangan.
  • Tidak mengeluh kerana yakin bahawa Allah tidak menguji hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu dipikul / diharungi hambaNya.
Sabda Rasulullah SAW:


"Hairan mengenai perkara seorang mukmin. Sesungguhnya semua perkara adalah baik baginya. Hal ini tidak berlaku melainkan dengan mukmin sahaja. Jika dia mendapat kesenangan maka dia bersyukur dan itu baik baginya (beroleh kebaikan) dan jika dia ditimpa musibah maka dia bersabar dan itu juga baik baginya."

~Qadar Allah itu yang mentakdirkan segalanya, terima dengan hati yang reda dan bersyukur dengan segala apa yang baik diterima oleh kita~







tiNta Hati ❥ Syauqah Wardah... at 5:56:00 pm

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

OwNer BlOg ^^,

mencari dan masih mencari dan akan terus tetap mencari
شكرا على انتبهتكم
Abu Abdillah al-Nu'man bin Basyir r.a berkata: "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'HALAL itu jelas dan HARAM itu jelas, dan diantara keduanya trdapat hal2 musyabbihat (syubhat/samar,tidak jelas halal haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Sesiapa yang berhati-hati dgn hal2 musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. dan, sesiapa yang terjerumus dlm syubhat, maka ia sprti pengembala di sekitar tanah larangan, hmpir2 ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bhwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal2 yg diharamkan-Nya. Ketahuilah bhwa didalam tubuh ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik, dan apabila seketul daging itu rosak maka seluruh tubuh itu pun rosak.Ketahuilah dia adalah HATI'."
 Orang Sedang Menjenguk Blog Ini







tagboard casino swiss WINPALACE CASINO How To Win Roulette Casino paysafecard

~ muTiaRa KatA ~

❤ TiNta hAti ❤

  • ✍..::Ibrah Sebuah Peristiwa::..
  • ❃ reNunGan BerSama ❃
  • PerKonGsiaN.....
  • tiNta HaTi (◡‿◡✿)

✿ My Journey ✿

  • ▼  2011 (19)
    • ►  April (1)
    • ►  May (7)
    • ▼  June (2)
      • Itu Qadar Allah
      • Kawan, Sahabat.... What For???
    • ►  July (1)
    • ►  August (4)
    • ►  September (3)
    • ►  November (1)
  • ►  2012 (6)
    • ►  January (4)
    • ►  March (1)
    • ►  April (1)

۩ FikRah a'LiM ۩

  • Saifulislam.Com
    Surah ‘Abasa dan Kisah Abdullah ibn Umm Maktum RA: Cerminan Islam dalam Pendidikan Inklusif
    4 weeks ago
  • Sebarkan Bahagia
    I CUT APPLE A PARENTING
    6 years ago
  • zaharuddin.net
    Pelbagai Soalan Hukum Berkaitan Sekitar Masalah Seks
    14 years ago
  • Oh! Islam

bLogWalKinG Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

  • Bayyinat
    #81 Susahnya nak solat
    7 years ago
  • .:: HaRuMaN MaWaR ::.
    Perkongsian : Hujan
    9 years ago
  • Penyebar Fikrah
    The Liebster Award by My Cutest Cousin
    10 years ago
  • ✿Berpaut Pada Firman dan Sabda✿
    Mithaqan Qholizo:)
    10 years ago
  • ..::gadisHIJRAH::..
    aurat
    12 years ago
  • Draw Your Hearts with Smile
    heee...
    12 years ago
  • Wasilah Kasih Pecinta Islam
  • Inilah Jalanku
  • Jalan Petunjuk
Show 5 Show All

cLicK tO FoLLoW ME

Followers

~vIsiTorS~




 

sYukRan (✿◠‿◠)

Free Blogger Templates by Leelou Blogs | Design Elements by Flower Scraps | Dedicated Servers and Colocation Sponsored by Colocation America