Sudah lama rasanya tidak menjenguk blog ini (sudah bersawang he3) ..entah kenapa tiada rasa untuk menulis, mungkin kekurangan idea dan tiada apa yang mahu diperkatakan..tidak seperti rakan2 yang lain,amat aktif dalam penulisan blog..kerana idea yang banyak dan sungguh hebat dalam menulis,jadi rasa jemu itu tidak pernah bertandang dalam diri mereka..sungguh kagum diri ini akan mereka..entah bila diri ini mampu menjadi seperti mereka... em
(update ringkas)
Seperti tajuk entri kali ini, "KERANA APA AKU MENULIS??"..kadang2 terfikir juga untuk apa saya menulis dalam blog ini..idea tidak seberapa,penulisan tidak sehebat mereka,tiada apa2..em tidak mahu menceritakan tentang perihal diri,hanya mahu berkongsi ilmu bersama rakan2 yang lain,mungkin itu matlamat yang diinginkan..sentiasa ingat kata2 yang dibaca dalam blog seorang akak, "orang bijaksana menulis tentang ilmu, orang cerdik menulis tentang peristiwa, orang pandai menulis tentang orang lain, hanya orang BODOH menulis tentang dirinya"..dalam kategori manakah diri ini???
*perlu berhenti @ teruskan???(terasa give up)