-->
« Leelou Blogs
CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
skip to main | skip to sidebar
✿ WaRdaH ✿ ✍.::TiNta daRi h❤Ti::.

Lady Bug Note Generators

Hari-Hari Terakhir




:h:بسم الله الرحمن الرحيم:h:

Sedar tak sedar sudah 20 hari ramadhan ditempuhi,kini sudah sampai kita pada 10 terakhir ramadhan dimana terdapat padanya malam kemuliaan (lailatul qadar)..sungguh pada hari-hari terakhir inilah ramai yang sibuk,sama ada sibuk mempersiapkan diri dengan memperkukuhkan iman padaNya atau sibuk mempersiapkan diri dengan hari raya..alangkah beruntungnya jika dapat bahagikan masa dengan seeloknya,antara mengejar malam kemuliaan atau mempersiapkan diri untuk hari lebaran yang bakal menjelang..sering bertanya pada diri bagaimana hari-hari yang lalu....:face14:
Masih kuatkah iman ini..questionquestion


Menghayati Lailatul Qadar




1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,

2. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?

3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

4. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);

5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingg

a terbit fajar!


Istilah qadr mempunyai tiga maksud; iaitu pertama; menetapkan, kedua kemuliaan dan ketiga penyempitan. Dilihat pada makna pertama iaitu menetapkan, pada malam tersebutlah Allah telah menentukan perjalanan hidup manusia melalui seruan dakwah Nabi Muhammad s.a.w. ke arah jalan yang hak dan menolak kebatilan dan itulah
aturan jalan ketetapan yang ditentukan Allah walaupun penuh ranjau duri. Kedua, malam tersebut adalah semulia malam jika diteliti berlakunya penurunan Al-Quran (nuzul Al-Quran) dan pengiktirafan Allah terhadap malam tersebut. Ketiga, berlakunya kesempitan di dunia kerana jumlah kehadiran para malaikat yang membawa rahmat dan keampunan Allah.

Persiapan menghadapi malam Al-Qadr ialah selama 10 hari sebab ia berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan, bukannya sehari dua. Pastinya Allah akan menganugerahkan malam Al-Qadr pada mereka yang bersedia untuk 10 malam dan bukan hanya untuk semalam dua sahaja. Inilah falsafah Lailatul Qadr iaitu kita perlukan dalam kehidupan ketika persiapan yang teliti tanpa membenarkan ruang-ruang kerugian untuk mendapatkan kerahmatan dan keredhaan Allah s.w.t... Adapun ketentuan malam Al-Qadr itu pada malam-malam ganjil adalah untuk tidak terlalu memenatkan kita beribadah berterusan pada 10 malam terakhir kerana ada keselangselian. Allah pastinya menganugerahkannya pada orang yang ikhlas.







Apakah Dasar Keimanan Tentang Lailatul Qadr?

Di antara perkara yang perlu diimani dalam perkara berkaitan Lailatul Qadr ialah:

thumbAl-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadr.
thumbLailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan yang membawa maksud bahawa setiap amalan yang termakbul pada malam itu samalah dengan amalan yang setara dengannya sebanyak amalan seribu bulan.
thumbPara Malaikat dan ruh diturunkan pada malam tersebut.
thumbSejahtera malam itu hingga terbit fajar (masuknya waktu Subuh).
thumbIbadah yang jujur, ikhlas, konsisten, iltizam dan khusyuk pada sebarang masa.
thumbTiada tanda-tanda fizikal yang dijelaskan oleh nas kecuali khabar-khabar angin semata.


Aisyah Radiallahuanha mengatakan, “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.”
(HR Bukhari dan Muslim)


Amalan pada Malam Lailatul Qadar

Ia adalah malam yang cukup istimewa yang tidak kedapatan pada mana-mana malam. Amalan yang mesti dilakukan pada malamnya ialah memperbanyakkan ibadah,membaca Al-Quran, beriktikaf dan berdoa. Dalam sebuah hadis daripada Aisyah r.a.
berkata:

``Ya Rasulullah bagaimana kalau saya bertemu Lailatul Qadar? Apa yang harus saya
ucapkan pada malam itu?'' Baginda bersabda: Ucapkanlah: ``
Ya Allah kami bermohon
pada-Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni (hambahamba-Mu), maka ampunilah (dosa-dosa) kami.''
(Riwayat Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majahdan Ahmad).

Doa lain yang baginda baca ialah seperti berikut yang bermaksud: Wahai Tuhan kami,
anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, dan
peliharalah kami dan siksa neraka (QS Al-Baqarah [2]: 201).


:60:sama-sama tingkatkan amalan dan mencari malam lailatul qadar...:62::face75:





tiNta Hati ❥ Syauqah Wardah... at 11:32:00 pm

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

OwNer BlOg ^^,

mencari dan masih mencari dan akan terus tetap mencari
شكرا على انتبهتكم
Abu Abdillah al-Nu'man bin Basyir r.a berkata: "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'HALAL itu jelas dan HARAM itu jelas, dan diantara keduanya trdapat hal2 musyabbihat (syubhat/samar,tidak jelas halal haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Sesiapa yang berhati-hati dgn hal2 musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. dan, sesiapa yang terjerumus dlm syubhat, maka ia sprti pengembala di sekitar tanah larangan, hmpir2 ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bhwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal2 yg diharamkan-Nya. Ketahuilah bhwa didalam tubuh ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik, dan apabila seketul daging itu rosak maka seluruh tubuh itu pun rosak.Ketahuilah dia adalah HATI'."
 Orang Sedang Menjenguk Blog Ini







tagboard casino swiss WINPALACE CASINO How To Win Roulette Casino paysafecard

~ muTiaRa KatA ~

❤ TiNta hAti ❤

  • ✍..::Ibrah Sebuah Peristiwa::..
  • ❃ reNunGan BerSama ❃
  • PerKonGsiaN.....
  • tiNta HaTi (◡‿◡✿)

✿ My Journey ✿

  • ▼  2011 (19)
    • ►  April (1)
    • ►  May (7)
    • ►  June (2)
    • ►  July (1)
    • ▼  August (4)
      • Jangan Bersedih Andai Tiada Cinta Insan Untukmu...
      • SILENT is GOOD::.
      • Hari-Hari Terakhir
      • Dear Awak....
    • ►  September (3)
    • ►  November (1)
  • ►  2012 (6)
    • ►  January (4)
    • ►  March (1)
    • ►  April (1)

۩ FikRah a'LiM ۩

  • Saifulislam.Com
    Surah ‘Abasa dan Kisah Abdullah ibn Umm Maktum RA: Cerminan Islam dalam Pendidikan Inklusif
    4 weeks ago
  • Sebarkan Bahagia
    I CUT APPLE A PARENTING
    6 years ago
  • zaharuddin.net
    Pelbagai Soalan Hukum Berkaitan Sekitar Masalah Seks
    14 years ago
  • Oh! Islam

bLogWalKinG Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

  • Bayyinat
    #81 Susahnya nak solat
    7 years ago
  • .:: HaRuMaN MaWaR ::.
    Perkongsian : Hujan
    9 years ago
  • Penyebar Fikrah
    The Liebster Award by My Cutest Cousin
    10 years ago
  • ✿Berpaut Pada Firman dan Sabda✿
    Mithaqan Qholizo:)
    10 years ago
  • ..::gadisHIJRAH::..
    aurat
    12 years ago
  • Draw Your Hearts with Smile
    heee...
    12 years ago
  • Wasilah Kasih Pecinta Islam
  • Inilah Jalanku
  • Jalan Petunjuk
Show 5 Show All

cLicK tO FoLLoW ME

Followers

~vIsiTorS~




 

sYukRan (✿◠‿◠)

Free Blogger Templates by Leelou Blogs | Design Elements by Flower Scraps | Dedicated Servers and Colocation Sponsored by Colocation America