Buat kaum Hawa pula..
fikirkan secara jujur dan telus..
bersediakah kamu andai diuji dengan perkara sebegini rupa??
Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Diri ini yang pada masa ini suka bergurau senda, ketika ini pulang dengan kerut dahi, kurang sense of humor, dan hanya bercakap benda-benda besar yang serius. Sabarkah engkau dengan perubahanku itu nanti? Kuatkah cintamu kepadaku?
Tekanan hidup mungkin menyebabkan perananku sebagai suami kepadamu terjejas. Upayaku untuk memberi nafkah batin kepadamu terganggu dan untuk menyuarakannya kepadamu aku terasa malu. Masalah mati pucuk yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan pekerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku. Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita menempuh saat-saat itu? Terjejaskah cinta kita di hatimu?
Andai kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika, kewanganku dan keluarga kita jauh dari mencapai sempurna keperluan. Keluarga dan teman mencemuhmu kerana 'menanggung' aku sebagai seorang suami yang dilabel dayus. Aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya? Masihkah aku kekasih hatimu?
Aku mmenjadi seorang lelaki yang menjemukan. Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan mebantu menceriakan aku, namun sabarkah engkau dengan diriku dan mampukah cinta kita di hatimu terus membenih bahagia?
Jika kerjayaku berkembang di luar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan masa, dan aku terpaksa selalu ke sini sana untuk bekerja, sabarkah engkau dengan suasana itu, dan adakah aku masih cinta hatimu?
Jika aku disahkan doktor tidak mampu memberikan kita zuriat, rumah tangga kita sunyi tanpa cahaya mata, apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumah tangga kita?
Sekiranya rumah tangga kita teruji apabila aku ditimpa kemalangan strok yang melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suami, kencing berakku yang bertubuh berat ini di dalam kain pelekat yang pernah engkau hadiahkan kepadaku, apakah ia menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku yang hanya suamimu dengan status suami tanpa melaksanakan banyak tanggungjawabku sebagai suami?
*adakah kita sudah bersedia??
sumber : BERCINTA SAMPAI KE SYURGA
(USTAZ HASRIZAL ABDUL JAMIL)
1 comments:
Salam..blog nie comel n_n..perkongsiannye pun mnarik..truskan sebarkan kebhagian..^___^
Post a Comment