-->
« Leelou Blogs
CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
skip to main | skip to sidebar
✿ WaRdaH ✿ ✍.::TiNta daRi h❤Ti::.

Lady Bug Note Generators

Jadilah Dirimu Ibarat Sebatang Pensel (◕‿◕✿)





Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.

"Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?"
"Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini."
"Apa yang istimewa tentang pensel ini?" tanya si anak.
"Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?"
"Ya, ibu."



Pertama : pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan ada kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah SWT, Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya .

Kedua : ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga : pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula. Begitulah yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

Keempat : tahukah anak ibu mana yang lebih penting; luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

Kelima : pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.



Inilah antara kata-kata yang baik untuk si anak membawa prinsip yang positif. Wahai ibu bapa, jangan berputus asa. Apa sahaja kata-kata semangat yang kita ulang-ulangkan kepada anak-anak (walau nampak seperti mereka tidak mengendahkan) pasti akan memberi bekas dalam jiwa mereka.

:60:Nak pesan camni gak untuk anak-anakku nanti...insyaAllah..:face28:

:61:Sumber ihsan dari : Solusi isu 35





tiNta Hati ❥ Syauqah Wardah... at 9:09:00 pm

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

OwNer BlOg ^^,

mencari dan masih mencari dan akan terus tetap mencari
شكرا على انتبهتكم
Abu Abdillah al-Nu'man bin Basyir r.a berkata: "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'HALAL itu jelas dan HARAM itu jelas, dan diantara keduanya trdapat hal2 musyabbihat (syubhat/samar,tidak jelas halal haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Sesiapa yang berhati-hati dgn hal2 musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. dan, sesiapa yang terjerumus dlm syubhat, maka ia sprti pengembala di sekitar tanah larangan, hmpir2 ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bhwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal2 yg diharamkan-Nya. Ketahuilah bhwa didalam tubuh ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik, dan apabila seketul daging itu rosak maka seluruh tubuh itu pun rosak.Ketahuilah dia adalah HATI'."
 Orang Sedang Menjenguk Blog Ini







tagboard casino swiss WINPALACE CASINO How To Win Roulette Casino paysafecard

~ muTiaRa KatA ~

❤ TiNta hAti ❤

  • ✍..::Ibrah Sebuah Peristiwa::..
  • ❃ reNunGan BerSama ❃
  • PerKonGsiaN.....
  • tiNta HaTi (◡‿◡✿)

✿ My Journey ✿

  • ▼  2011 (19)
    • ►  April (1)
    • ►  May (7)
    • ►  June (2)
    • ►  July (1)
    • ►  August (4)
    • ▼  September (3)
      • Rosak Amalan kerana Ingin Dipuji
      • Jadilah Dirimu Ibarat Sebatang Pensel (◕‿◕✿)
      • Bingkisan Buatmu Teman (◡‿◡✿)
    • ►  November (1)
  • ►  2012 (6)
    • ►  January (4)
    • ►  March (1)
    • ►  April (1)

۩ FikRah a'LiM ۩

  • Saifulislam.Com
    Surah ‘Abasa dan Kisah Abdullah ibn Umm Maktum RA: Cerminan Islam dalam Pendidikan Inklusif
    4 weeks ago
  • Sebarkan Bahagia
    I CUT APPLE A PARENTING
    6 years ago
  • zaharuddin.net
    Pelbagai Soalan Hukum Berkaitan Sekitar Masalah Seks
    14 years ago
  • Oh! Islam

bLogWalKinG Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

  • Bayyinat
    #81 Susahnya nak solat
    7 years ago
  • .:: HaRuMaN MaWaR ::.
    Perkongsian : Hujan
    9 years ago
  • Penyebar Fikrah
    The Liebster Award by My Cutest Cousin
    10 years ago
  • ✿Berpaut Pada Firman dan Sabda✿
    Mithaqan Qholizo:)
    10 years ago
  • ..::gadisHIJRAH::..
    aurat
    12 years ago
  • Draw Your Hearts with Smile
    heee...
    12 years ago
  • Wasilah Kasih Pecinta Islam
  • Inilah Jalanku
  • Jalan Petunjuk
Show 5 Show All

cLicK tO FoLLoW ME

Followers

~vIsiTorS~




 

sYukRan (✿◠‿◠)

Free Blogger Templates by Leelou Blogs | Design Elements by Flower Scraps | Dedicated Servers and Colocation Sponsored by Colocation America