-->
« Leelou Blogs
CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
skip to main | skip to sidebar
✿ WaRdaH ✿ ✍.::TiNta daRi h❤Ti::.

Lady Bug Note Generators

Tutup @ Bungkus?? Mana Pilihan Anda...??




Salam buat semua yang sudi mengunjung blog ini..terasa sudah lama tidak mengupdate blog ini,semakin hari terasa semakin suram..insyaAllah kali ini ada sedikit entry yang ingin dikongsi bagi mengingati diri ini yang sering kali alpa..mungkin dengan sedikit peringatan dapat menyembuh semula dan membangkitkan rasa dalam diri..

:125::125::125::125::125::125::125::125::125::125:

TUTUP atau BUNGKUS??

Jika ditanya, mana yang lebih disukai..tutup atau bungkus? jawapannya...............
masing-masing ada pilihan tersendiri dan pilihlah yang terbaik untuk diri.
Andai diajukan soalan makanan mana yang akan kita pilih,yang ditutup atau yang dibungkus,sudah tentu kedua-duanya,tapi kita akan lihat pula dari segi caranya dibungkus atau ditutup..

cuba lihat bagaimana sesuatu makanan yang dibungkus...










cuba lihat pula bagaimana makanan yang ditutup..


nampak x perbezaan disitu??
makanan yang dibungkus : bungkusannya elok, cantik je kan..smpai kita boleh tengok bagaimana bentuknya,sebelum kita buka pun kita dah boleh agak yang bentuknya mcm mana..dan lagi2 kalau ada bungkusannya terbuka sikit,kita dah boleh tau apa isi dalamnya..

makanan yang ditutup : boleh nampak x makanan apa yang orang tutup dengan tudung saji?kita leh agak x makanan apa yang ada bawah saji 2?boleh tau x bagaimana bentuknya? fikirkan........

cube ikuti situasi dibawah pula..

SITUASI 1
Aisyah: Ahmad, cbe teka aku tgh BUNGKUS ape?
Ahmad: Alaaa, nasi lemak.
Aisyah: Aik? Mne ko tau?
Ahmad: Aku nmpk nasi tkluar sikit tu. Lgpun aku tau ko mmg jual nasi lemak.
Aisyah: Ok2. Cbe teka nasi lemak ni byk ke sikit?
Ahmad: Alaaa lg sng. Byk la.
Aisyah: Ha? Cmne ko tau ni?
Ahmad: Tgok bntuk & saiz laa. BUNGKUSan bsar, byk. BUNGKUSan kcik, sikit. Haha kantoi.
Aisyah: Pandainye ko ni.
Ahmad: Bkn aku yg pndai, ko yg xpndai. Haha.
Aisyah: Ceh. Malas la soal.

SITUASI 2

Aisyah: Ahmad, cbe teka aku TUTUP ape dgn tudung saji ni?
Ahmad: Hmmm. Ikan goreng?
Aisyah: Salah.
Ahmad: Telur dadar?
Aisyah: Salah lg.
Ahmad: Karipap?
Aisyah: Salah jugak.
Ahmad: Fail MQA?
Aisyah: Ish. Lg la salah.
Ahmad: Abis tu ape? Mne la aku nk tau ape yg ko TUTUP tu.
Aisyah: Nasi lemak laa. Cbe teka byk ke sikit?
Ahmad: Ceh. Mne aku nk tau. Malas la jwb.


kesimpulannnya???

mungkin ramai yang dapat mengagak apa yang saya cuba maksudkan disini..
mari sama-sama perbaiki diri,sesungguhnya diri ini juga masih lemah..

والله أعلم





tiNta Hati ❥ Syauqah Wardah... at 7:17:00 am
0 comments

Bingkisan Buatmu Teman (◡‿◡✿)




Kadang kala diri kita sering merasa putus asa, tidak bersemangat, terasa semangat itu hilang..Kita bertanya kemana hilangnya semangat itu? dimana ia?
Sebenarnya ia tidak hilang, ia sentiasa dekat dengan kita, cuma kita yang tidak mengendahkan dan membiarkan ia pergi..

Duhai teman.........
Janganlah kamu berputus asa..
Kekalkanlah semangatnu....
Teruskan perjuanganmu kerana perjuangan kita belum selesai..
Andai pernah dirimu tersungkur,
Bangkitlah bersamaku..
Aku ada bersamamu dan sentiasa menyokongmu....
dan ingatlah...

إن الله معنا






When you're searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He's always close to you

He's the one who knows you best
He knows what's in your heart
You'll find your peace at last
If you just have faith in Him

You're always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day

Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings

You're always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what
If God wills we'll meet one day

Chorus

If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through

I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace

Chorus

I believe I believe, I believe I believe







tiNta Hati ❥ Syauqah Wardah... at 10:16:00 pm
0 comments

Jadilah Dirimu Ibarat Sebatang Pensel (◕‿◕✿)





Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.

"Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?"
"Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini."
"Apa yang istimewa tentang pensel ini?" tanya si anak.
"Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?"
"Ya, ibu."



Pertama : pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan ada kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah SWT, Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya .

Kedua : ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga : pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula. Begitulah yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

Keempat : tahukah anak ibu mana yang lebih penting; luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

Kelima : pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.



Inilah antara kata-kata yang baik untuk si anak membawa prinsip yang positif. Wahai ibu bapa, jangan berputus asa. Apa sahaja kata-kata semangat yang kita ulang-ulangkan kepada anak-anak (walau nampak seperti mereka tidak mengendahkan) pasti akan memberi bekas dalam jiwa mereka.

:60:Nak pesan camni gak untuk anak-anakku nanti...insyaAllah..:face28:

:61:Sumber ihsan dari : Solusi isu 35





tiNta Hati ❥ Syauqah Wardah... at 9:09:00 pm
0 comments

Rosak Amalan kerana Ingin Dipuji



Sirah Nabi s.a.w. bersama sahabat-sahabat membawa 1001 pengajaran dan teladan kepada umat Islam dari dulu hingga sekarang. Ikuti kisah di bawah yang membawa pengajaran tentang keikhlasan dan niat pada suatu amalan, untuk apa, untuk siapa, dan bagaimana kita melaksanakannya.

bermaksimal dalam melakukan perbuatan yang baik untuk mewujudkan hasil dunia dan /atau akhirat dengan tujuan mendapatkan redha Allah SWT sahaja, tanpa mengharapkan pujian dari manusia.

Dalam sirah Nabi s.a.w. menerusi kisah kematian Qazman, seorang yang menyamar sebagai Muslim, berjuang bersama-sama dengan para sahabat. Sedangkan hatinya menyertai para sahabat hanyalah bertujuan mendapat jolokan pejuang yang berjiwa bangsa Arab untuk menjaga kepentingan Yathrib. Penyertaannya hanyalah untuk dipuji orang. Akhirnya beliau telah berjaya membunuh ramai musuh yang menyerang Madinah.

Walau bagaimanapun, Nabi s.a.w. agak keberatan menyebut kematiannya sebagai salah seorang syuhada. Akhirnya Nabi s.a.w. dengan tegas mengatakan dia mati sebagai kafir yang tidak diterima usahanya sedikit pun disisi Allah s.w.t. Kenyataan Nabi disokong oleh seorang sahabat yang menyaksikan bahawa Qazman ini telah membunuh dirinya sendiri dengan pedang yang dimilikinya kerana kesakitan daripada luka yang dialaminya dalam peperangan Uhud ini.

Ini amat berbeza dengan keadaan seorang lagi perajurit Islam dalam kalangan sahabat yang bernama Usayrim r.a. yang memeluk Islam agak lambat. Walau bagaimanapun beliau telah menjejaki syurga dengan ketelusannya beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya s.a.w. Nabi s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :

"Usayrim ialah ahli syurga walaupun tempoh keislamannya amat pendek dan beliau belum pernah solat walaupun satu rakaat."


Kedua-dua personaliti ini amat berbeza kerana Qazman adalah suatu gambaran manusia yang mrnderita seperti pengembara yang mengharapkan kewujudan air di tempat yang amat payah menemuinya, sedangkan Usayrim r.a. ialah seorang bertaraf sahabat yang menyahut panggilan fitrah dalam dirinya, lantas menyertai Nabi s.a.w. walaupun belum sempat berbuat apa-apa amalan termasuk solat.


Moga kisah ini memberi manfaat kepada kita dalam meningkatkan amalan-amalan kita.sama-samalah kita mengikhlaskan diri dalam melaksanakan suatu perkara. jangan risau andai tiada yang mengetahui kerana Dia lebih mengetahui apa yang ada dalam hati tiap hambaNya.

والله أعلم




tiNta Hati ❥ Syauqah Wardah... at 4:14:00 pm
0 comments Labels: ✍..::Ibrah Sebuah Peristiwa::..

Dear Awak....



بسم الله الرحمن الرحيم




Dear awak,:t::t:

Kali ini saya ingin mencoretkan sesuatu untuk awk,sesuatu dari hati saya... :face17:Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih atas kehadiran awak, alhamdulillah kerana dipertemukan dengan insan seperti awak..Awak membawa saya mengenal erti perubahan, awak selalu menyokong saya dan tak pernah

berhenti menyokong saya..terima kasih awk :face39:


Awak sering juga mengingatkan saya padaNya, tak pernah jemu menasihati saya yang serba kekurangan ini..saya tak sangka dapat bertemu dengan awak dan semakin lama kita semakin rapat..saya hargai perhubungan ini dan saya hargai awak sebagai orang yang saya sayang..:face75:


Awak..kadang-kadang saya sering abaikan awak, tak ambil tahu perasaan awak..itu bukan tandanya saya tak kisah tentang awak cuma saya tak tahu bagaimana ingin menenangkan perasaan awak..ketahuilah saya juga sayang awak..kadang kala saya terasa kekosongan di hati tanpa nasihat dari awak..:face71:

Adakalanya saya terasa jauh dari awak,andai saya salah maafkan saya..:face41:saya tak mahu kehilangan awak..terima kasih buatmu untuk sekian kalinya..hanya Allah mampu membalas segalanya..
Terima kasih duhai teman... :h::h::h::h::h::h::h:


:34: siapa "awak"? jeng3..hehehe




tiNta Hati ❥ Syauqah Wardah... at 4:11:00 pm
2 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

OwNer BlOg ^^,

mencari dan masih mencari dan akan terus tetap mencari
شكرا على انتبهتكم
Abu Abdillah al-Nu'man bin Basyir r.a berkata: "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'HALAL itu jelas dan HARAM itu jelas, dan diantara keduanya trdapat hal2 musyabbihat (syubhat/samar,tidak jelas halal haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Sesiapa yang berhati-hati dgn hal2 musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. dan, sesiapa yang terjerumus dlm syubhat, maka ia sprti pengembala di sekitar tanah larangan, hmpir2 ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bhwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal2 yg diharamkan-Nya. Ketahuilah bhwa didalam tubuh ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik, dan apabila seketul daging itu rosak maka seluruh tubuh itu pun rosak.Ketahuilah dia adalah HATI'."
 Orang Sedang Menjenguk Blog Ini







tagboard casino swiss WINPALACE CASINO How To Win Roulette Casino paysafecard

~ muTiaRa KatA ~

❤ TiNta hAti ❤

  • ✍..::Ibrah Sebuah Peristiwa::..
  • ❃ reNunGan BerSama ❃
  • PerKonGsiaN.....
  • tiNta HaTi (◡‿◡✿)

✿ My Journey ✿

  • ▼  2011 (19)
    • ►  April (1)
    • ►  May (7)
    • ►  June (2)
    • ►  July (1)
    • ►  August (4)
      • Dear Awak....
    • ►  September (3)
      • Rosak Amalan kerana Ingin Dipuji
      • Jadilah Dirimu Ibarat Sebatang Pensel (◕‿◕✿)
      • Bingkisan Buatmu Teman (◡‿◡✿)
    • ▼  November (1)
      • Tutup @ Bungkus?? Mana Pilihan Anda...??
  • ►  2012 (6)
    • ►  January (4)
    • ►  March (1)
    • ►  April (1)

۩ FikRah a'LiM ۩

  • Saifulislam.Com
    Surah ‘Abasa dan Kisah Abdullah ibn Umm Maktum RA: Cerminan Islam dalam Pendidikan Inklusif
    4 weeks ago
  • Sebarkan Bahagia
    I CUT APPLE A PARENTING
    6 years ago
  • zaharuddin.net
    Pelbagai Soalan Hukum Berkaitan Sekitar Masalah Seks
    14 years ago
  • Oh! Islam

bLogWalKinG Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

  • Bayyinat
    #81 Susahnya nak solat
    7 years ago
  • .:: HaRuMaN MaWaR ::.
    Perkongsian : Hujan
    9 years ago
  • Penyebar Fikrah
    The Liebster Award by My Cutest Cousin
    10 years ago
  • ✿Berpaut Pada Firman dan Sabda✿
    Mithaqan Qholizo:)
    10 years ago
  • ..::gadisHIJRAH::..
    aurat
    12 years ago
  • Draw Your Hearts with Smile
    heee...
    12 years ago
  • Wasilah Kasih Pecinta Islam
  • Inilah Jalanku
  • Jalan Petunjuk
Show 5 Show All

cLicK tO FoLLoW ME

Followers

~vIsiTorS~




 

sYukRan (✿◠‿◠)

Free Blogger Templates by Leelou Blogs | Design Elements by Flower Scraps | Dedicated Servers and Colocation Sponsored by Colocation America