-->
« Leelou Blogs
CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
skip to main | skip to sidebar
✿ WaRdaH ✿ ✍.::TiNta daRi h❤Ti::.

Lady Bug Note Generators

Dia Kekasih Awal Dan Akhir..




Saya nak kongsi dengan semua kisah cinta saya dengan Kekasih saya. Kali ini, saya nak cerita pasal Dia. Semua tentang Dia. Dia yang sangat istimewa. Dia yang bertakhta di hati saya. Buat selama-lamanya, saya janji. Dialah cinta pertama saya dan hanya Dia tetap di hati saya. Walaupun suatu saat yang saya sendiri pun tak tahu waktunya apabila saya tak boleh menghela nafas lagi, saya janji, saya janji saya tetap cinta Dia……kerana cinta saya kepada Dia adalah cinta abadi. Cinta tertinggi. Cinta yang hidup. Cinta yang tidak akan mati.


Nak tahu kenapa saya sayang Kekasih saya? Seseorang tu kalau sayang Kekasih dia mesti ada sebab tersendiri. Saya sayang Dia sebab Dia baik. Ha’ah, Dia baik sangat. Dia sangat baik, sangat,sangat,sangat,sangat,sangat,sangat. Tak tahu saya nak cakap macam mana lagi. Dia terlalu baik. Tiada yang lebih baik daripada Dia. Dia suka bagi hadiah kepada saya. Kalau saya nak kira hadiah yang Dia bagi, saya kira dan dah cuba untuk kira tetapi saya tak boleh kira sebab banyak sangat. Hadiah yang Dia bagi kepada saya semuanya indah-indah. Dia bagi hadiah-hadiah dekat saya sebab nak saya ingat Dia selalu. Saya jadi lebih sayang kepada Dia. Kadang-kadang hadiah daripada Dia tak semua indah. Ada hadiah yang Dia bagi saya tak suka. Kadang-kadang saya merajuk, saya kata saya tak nak hadiah macam tu. Dia kata hadiah yang jenis ini mungkin saya tak suka tetapi Dia kata ada sebab Dia bagi hadiah macam tu. Hadiah daripada Dia zahirnya ada indah dan ada juga yang tidak berkenan di hati tetapi kata Dia semuanya baik untuk saya. Kata-kata Dia buat saya berfikir…..



Saya juga sayang Dia sebab Dia penyayang. Tika saya bersedih hati, kalau ada masalah yang menimpa diri saya, saya tak fikir yang lain dah. Saya hanya fikir Dia. Saya nak call Dia. Saya nak cerita masalah saya dekat Dia. Saya nak nangis-nangis depan Dia. Saya nak luah semuanya dekat Dia. Dia sangat memahami. Pendengar yang setia. Saya suka curahan perasaan dengan Dia sebab Dia akan dengar dan bagi kekuatan dalaman kepada saya. Semangat saya akan pulih kembali. Dia tahu macam mana nak kembalikan senyuman saya. Saya suka bermanja dengan Dia. Dia Kekasih saya, tiada salahnya saya nak bermanja dengan Kekasih sendiri, betul tak. Keprihatinan Dia makin buat cinta saya kepada-Nya semakin mendalam…..



Suatu hari tu, saya sedih sangat. Kalau saya sedih, saya akan terus cari Dia. Macam biasa, call Dia. Nangis-nangis depan Dia, cerita semua dekat Dia. Kalau tak pun, saya baca mesej yang Dia bagi. Dia baik dan romantik sangat. Bila saya baca je surat-surat cinta Dia, hati saya rasa tenteram sebab saya tahu Dia sangat sayang saya. Hati saya jadi tenang. Dia je saya ada. Dia je yang sangat saya percaya. Betul, selain Dia saya tak begitu percaya yang lain. Kalau saya tengok teman-teman saya yang lain, selalu berkongsi masalah dengan saya tapi saya, entahlah. Saya sangat sukar nak cerita masalah dekat orang walaupun teman saya yang paling rapat. Kalau teman-teman bercerita, saya suka jadi pendengar dan cuba bagi pendapat terbaik yang saya ada nak selesai masalah teman-teman. Saya tak kisah yang ini malahan saya suka tapi kadang-kadang saya pelik, saya cuma tak faham dengan diri sendiri. Kenapa saya tak boleh nak jadi macam mereka, sama-sama bercerita, sama-sama berkongsi. Saya berkongsi juga kisah dengan teman-teman tapi kalau berkenaan rahsia hati, saya menjadi seorang yang sangat perahsia. Saya hairan.



Bukan saya tak percaya teman-teman saya, tetapi bagi saya, saya ada Dia, Dia yang sangat memahami. Kalau saya tak cerita lagi pun, Dia dah tahu masalah saya apa. Tengok, macam mana saya tak sayang Dia. Dia setia di sisi saya. Saat saya susah, saat saya senang, Dia tak kisah teman saya. Kadang-kadang, saya pula rasa bersalah. Ada waktu saya senang, saya terlupa kehadiran Dia. Walaupun satu saat Dia pergi daripada ingatan saya, hati saya rasa kosong sangat. Betul, saya sangat sayang Dia sampai saya tak sanggup kehilangan Dia. Dia sangat istimewa di hati saya. Saya nak cakap dekat semua, Saya Cinta Dia!!!!



Dia suka kalau saya nak jumpa dia. Saya pun mestilah suka kalau jumpa Dia. Siapa tak suka kalau jumpa Kekasih. Tipulah kalau saya kata saya tak suka. Saya suka jumpa Dia. Dia akan bagi kekuatan kepada saya. Banyak cara kalau saya nak jumpa Dia. Rutin harian, saya dan Dia memang dating 5 kali sehari. Saya tak boleh kalau tak jumpa Dia, saya jadi sangat rindu! Maksud saya jumpa dan dating dengan Dia tu, saya call Dia je. Saya dan Dia tak pernah jumpa depan-depan. Saspen kan, baru best. Kalau saya ada masa lebih, saya cuba call dia sewaktu ada lapangan waktu.Kalau dating yang lebih special, 'candle light dinner' saya dengan Dia waktu malam, potong-potong, satu per tiga. Orang lain semua tak tahu saya jumpa Dia. Tak nak lah orang lain tahu, sebab orang lain pun ramai sangat nak kejar cinta Dia. Saya cemburu tau walaupun saya suka kalau orang lain pun nak jumpa Dia. Saya nak Dia cinta saya lebih-lebih. Jadi, saya kena cinta Dia lebih-lebih, biar Dia sayang saya lebih-lebih.




Kalau saya sibuk sangat dengan kerja saya, saya baca surat-surat cinta yang Dia bagi dekat saya. Ayat-ayat Dia romantik sangat. Maknanya terlalu mendalam. Menyentuh kalbu saya. Banyak sangat pesanan Dia buat saya. Nampak sangat Dia ambil berat sangat-sangat pasal saya. Macam mana saya tak jatuh cinta pada Dia, Dia sangat caring! Kalau saya rasa saya jauh dengan Dia, kalau saya rasa saya rindu dengan Dia, saya baca surat-surat cinta yang Dia kirim. Saat hati saya jatuh dan tak mampu untuk bangun, Dialah sumber kekuatan saya. Dia selalu pesan jangan putus asa dalam hidup. Pesan dia lagi, saya kena jadi seorang yang penyabar. Pesanan-pesanan daripada Dia buat saya rasa Dia dekat dengan saya walaupun Dia tak ada di depan mata saya. Kata-kata Dia sentiasa berlegar dalam fikiran saya dan buat saya rasa Dia sentiasa ada di samping saya. Cinta saya kepada-Nya semakin bertambah…..



Kalau saya tengah bersendirian, saya suka senyum sorang-sorang. Senyumlah sebab ingat Dia. Terhibur dengan Dia yang sangat romantik, caring, penyayang dan banyak lagilah. Kadang-kadang saya geram dengan diri saya, kenapa saya tak boleh nak jadi romantik, caring dan penyayang macam yang Dia buat kepada saya. Walaupun Dia layan saya dengan begitu baik, bagai permaisuri, kadang-kadang saya curang dengan Dia. Ingatan saya terpaut kepada yang lain. Saya rasa bersalah sangat dekat Dia. Saat saya jadi macam ini, saya akan terus contact Dia, call Dia, tak pun baca surat Dia. Biar Dia sentiasa ada dalam ingatan saya. Saya nak Dia sentiasa ada dalam hati saya walau ke mana pun saya pergi. Begini, saya rasa selamat




Nak tahu tak, Dia ni Pelukis Yang Maha Hebat. Banyak karya-karya Dia yang Dia bagi kepada saya. Semuanya indah-indah dan sangat mengagumkan. Lukisan Dia memang tak ada orang yang boleh tandingi. Apabila saya melihat dan merenung lukisan-lukisan tu semua, saya dapat lebih mengenali siapa sebenarnya Dia. Kata Dia, hayati lukisan dan karya yang Dia buat, saya akan lebih kenal siapa Dia. Bila saya ikut cakap Dia.....Dia sememangnya.....Pencipta Yang Hebat. Maha Hebat.



Kadang-kadang bila saya ingat Dia, saya nak sangat jumpa Dia. Saya cinta Dia walaupun saya tak pernah kenal wajah Dia. Saya kenal Dia melalui cerita daripada ibu dan abah saya. Saya pun kenal Dia melalui guru-guru yang mengajar di sekolah. Saya kenal Dia macam tu sahaja, saya dah jatuh hati pada Dia. Cinta ini unik, kan. Saya nak sangat jumpa Dia tapi saya tahu bukan senang saya nak lihat wajah Dia. Tambahan pula, Dia jadi rebutan ramai. Saya sedih. Saya fikir saya tak cukup bagus. Saya rasa macam diri ini tak layak je untuk lihat Dia. Tapi dia selalu pujuk saya. Ah, macam mana saya boleh tak mudah jatuh hati pada dia.


Dia suka pujuk saya. Dia selalu pesan kalau nak jumpa Dia, saya mesti buat baik kepada ibu dan abah. Dia kata boleh kalau saya nak jumpa Dia tetapi dengan syarat saya mesti buat apa yang Dia suka dan yang Dia tak suka saya tak boleh buat. Saya tak kisah langsung sebab yang Dia suruh saya buat semuanya untuk kebaikan saya sendiri. Kalau yang Dia larang saya buat tu pula sebab bawa keburukan kepada saya. Dia sangat menjaga saya. Dia ada kekasih lain. Kalau nak tahu, Dia kekasih pertama saya, kekasih Dia kekasih kedua saya. Dia kata kalau saya nak kekasih yang ketiga, saya kena ikut cakap Dia. Dia dah janji kalau saya jadi baik, Dia akan cari dan bagi yang baik juga untuk saya. Cinta ini cinta tiga segi? Taklah, ini cinta suci.



Saya betul-betul tak nak kehilangan Dia. Saya harap Dia tak tinggalkan saya. Saya tak tahu kalau sampai saya putus dengan Dia, saya pasti hidup saya tak tentu arah lepas ni, saya pasti sangat. Kadang-kadang saya fikir, tercapai tak impian saya nak lihat wajah Pendamping setia kembara hidup saya. Layakkah saya jumpa Dia Peneman suka duka perjalanan hidup saya. Saya tak tahu…..saya hanya akan menanti ....akan terus menanti destinasi saya yang terakhir…..dan saya hanya mampu menunggu….akan terus menunggu kesudahan cerita cinta saya. Cerita cinta……antara saya dan Dia. Cerita cinta……. antara seorang hamba dan Penciptanya……







moga hati ini hanya cinta padaMu...(✿◠‿◠)





tiNta Hati ❥ Syauqah Wardah... at 12:57:00 pm
0 comments Labels: tiNta HaTi (◡‿◡✿)

JaNgan TaKut uNtuk BeRubaH (◡‿◡✿)





'Saya nak berubah jadi baik' 'Saya tahu. Semua orang nak jadi baik' 'Tapi saya tak tahu bagaimana dan dari mana saya harus mula...' 'Dari saat ini. Sekaranglah'. 'Susah' 'Susah kerana kamu tak tahu caranya' 'Habis tu, bagaimana?' Begini... Sebab Apa Perlu Berbaik-baik Dengan Allah.
Pertama sekali, kita perlu tahu sebab apa kita perlu menjadi manusia yang baik di sisi Allah. Ini ialah perkara yang paling asas, iaitu mengenali siapa itu Allah.


"Aku dah baik. Buktinya, aku selalu bersedekah. Aku selalu beri makan orang miskin. Aku selalu buat rumah terbuka. Pendek kata, aku memang selalu tolong orang tak kiralah dia miskin atau kaya pun. Aku sudah cukup baik".


Syaitan telah berjaya mengelirukan kita. Kita tersalah faham tentang konsep 'baik' itu.

Baik kepada Allah, barulah baik kepada manusia.

Inilah asasnya. Baik dengan manusia telah berjaya kita capai. Dan hasilnya, kita dipuji-puji kerana bantuan dan kebaikan kita. Kerana kita baik dengan manusia, pasti akan ada manusia yang terhutang budi, akan membantu kita apabila kita ditimpa masalah. Itu semasa kita hidup.


Selepas kita mati, lain hal nya. Dimana anak-anak kita? isteri-isteri kita? atau orang-orang yang pernah makan budi kita? Dimana mereka?

Mereka hanya ada saat kita dikuburkan. Selepas itu, mereka pulang. Siapa yang akan membantu kita saat itu?

Tiada sesiapa, selain Allah semata-mata. Maka, percayalah cakap saya. Kita memerlukan Allah. Kita sangat-sangat memerlukan Dia. Kita perlu jadi baik di mata Allah, barulah Allah akan berbaik dengan kita.

Maka, jelas. Kita perlu jadi baik kerana kita mengharapkan Allah. Kita perlu baik kerana kita tidak mahu dimurkai oleh Allah di akhirat kelak.

Tapi bagi layman, susah nak faham kan?

Beginilah. Kita perlu tahu bahawa agama ialah seumpama oksigen. Kita memerlukan ia. Kita boleh memilih untuk bernafas atau tidak, tapi kita tahu kesudahannya. Sama halnya. Kita boleh memilih samada mahu berbaik-baik ataupun menyombong dengan Allah. Tapi, pesan saya, jangan terjerit-jerit pula nanti...

Atas Dasar Apa Kita Perlu Berubah?
Saya selalu jumpa, manusia berubah kerana 'semangat'. Maknanya, dia datang surau, belajar agama, tapi tidak ikhlas. Dia datang, kerana ajakan kawan-kawan. Lalu, kerana niat yang 'tidak berapa murni' ini, mereka akan mudah futur, jemu, putus asa dan terus kembali kedalam 'kegelapan'.

Kerana itulah, saya lebih suka jika manusia berubah sedikit demi sedikit. Dan saya juga suka kepada dakwah yang 'slow and steady'. Seorang saudara pernah berkata, 'manusia yang berubah jadi baik sekelip mata, berkemungkinan besar akan berubah menjadi jahat balik dengan sekelip mata juga'.

Saya setuju walaupun bukan 100% kerana terlalu banyak buktinya. Berubahlah kerana Allah.

Pesan Saya.
Saya tidak salahkan anda kerana dosa yang anda lakukan (jika ada). Tapi saya akan salahkan anda, jika anda tiada niat mahu berhenti dan tiada usaha untuk mencapai matlamat berhenti itu. Saya akan sungguh-sungguh salahkan anda!

Berubah jadi baik itu sukar, tidak dinafikan. Tapi kita tetap perlu berubah. Saya sendiri sudah banyak 'dilukakan' kerana mahu 'keluar' dari jalan itu. Tapi percaya cakap saya, ia sangat-sangat berbaloi. Sangat berbaloi untuk 'sakit' sebentar, kerana bahagia yang menanti tidak berpenghujung.

Trust me. Percayalah cakap saya ini.

Kata-kata orang yang paling bijak di dunia ini ialah 'aku mahu berubah'.

Dan kamu pasti akan mendapati saya akan menyokong perubahan kamu, setiap saat.

Kesimpulan
Berubah sikit-sikit. Take time. Jangan lupa kisah pembunuh yang membunuh 100 orang yang mati dalam perjalanan mahu bertaubah lalu masuk syurga. Dia belum bertaubat lagi, cuma sedang berusaha bertaubat dan dia tak sempat pun. Tapi Allah ampunkan dia.

Jika Allah pun ampunkan orang yang berdosa, apa hak saya untuk benci kepada orang yang berdosa.


Saya sayang anda, kerana itulah saya mahu ajak anda semua sama-sama berubah. Kita impikan hidup yang lebih baik. Biar hidup kita tidak mewah, asalkan Allah sayang kita dan manusia beriman sayang kita. Itulah kebahagiaan sebenar...

Nota Penting.

Jangan bertangguh-tangguh untuk berubah. Jangan beralasan nak tunggu jadi ikhlas (konon-kononnya), sebab kalau kita nak tunggu ikhlas, sampai mati pun kita tidak akan berubah. Percaya cakap saya. Ikhlas ini hanya akan datang SELEPAS kita berubah. Ikhlas ialah step 2 manakala step 1 ialah berubah. Kita tak akan mampu untuk skip the steps.



Berubah perlu disegerakan!

share from:here




tiNta Hati ❥ Syauqah Wardah... at 3:37:00 pm
0 comments Labels: PerKonGsiaN.....

Buatmu aR-riJaL...



Untuk insan yang bernama lelaki, bukan untuk memperkecilkan tetapi hanya untuk sama-sama mengingati...

Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.

Lelaki yang bijak tidak akan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.

Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.

Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.

Lelaki yang bijak hanya mahukan yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.

Seorang lelaki dianggap sebagai pelindung terbaik bagi wanita, bukanlah perosak wanita. Janganlah dirosakkan wanita itu dengan menambah saham dosa yang ditanggung oleh wanita, membuatkan wanita itu gila bayang sehingga lupa mana langit dan mana bumi, membuatkan wanita itu merasakan setiap perbuatan dilakukan untuk 'mengeratkan hubungan' itu supaya terasa 'enak dan indah'.


Wahai ar-rijal pemangkin ummah,
Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami,
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu,
supaya nanti bila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati,
Jadilah pelindung kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu,
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!



Jadilah lelaki pintar yang sentiasa bijak menilai,
Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati,
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi,
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status 'single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat tangan dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut.

Wahai ar-rijal, bangkitlah kalian. Anda dikurniakan kelebihan berbanding kami, gunakanlah kelebihan tersebut. Janganlah ambil sifat kami yang lemah ini, anda yang perlu kuat!

Janganlah mengharapkan sesuatu yang kami tidak mampu beri,
Jadilah kalian pelindung yang sejati,
agar kita senantiasa berada dalam reda Ilahi, sampai tiba masanya nanti.

Sama-sama kita renungkan,

  • Kenapa kita belum mampu untuk melaksanakan suruhannya sedangkan kita tahu apa yang benar?
  • Apa guna kita harapkan syurga-Nya sedangkan perintah yang disuruh-Nya dipandang sipi dan diabaikan?
  • Yakinkah kita akan meninggalkan dunia ini dengan husnul khatimah?
  • Yakinkah kita akan meninggalkan dunia ini sebagai Muslim?
  • Yakinkah kita syurga milik kita?
  • Sanggupkah kita mengharungi neraka sebelum menjejak ke syurga?


Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya: " Sesungguhnya Allah Ta'ala baik. Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang diperintahkan kepada para Rasul dimana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul!) Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh. Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang beriman!) Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu. Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuahanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makananya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?"


(Hadis riwayat Imam Muslim)


  • Bagaimana mungkin doa kita untuk ke syurga dimakbulkan andainya Allah memalingkan pandangan-Nya daripada kita?

Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati, meskipun dengan niat yang suci, kerana dia sentiasa menyedari, niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni, keran dia mengakui makhluk bertanduk dua sentiasa "ready".
Dia jua yang Maha Memerhati....

Sama-sama lah kita membersihkan hati agar mudah cahaya kebenaran tembus dalam hati kita, kerana tiada gunanya jika hati kita masih tertutup daripada kebenaran.



p/s: diri ini jgk tidak lepas dari melakukan kesalahan, sekadar perinagatan bersama..(≧◡≦).



tiNta Hati ❥ Syauqah Wardah... at 5:20:00 pm
0 comments Labels: ❃ reNunGan BerSama ❃

Khas buat Tersayang ❤ ❤

Duhai teman sejatiku....
Buatmu, cebisan istimewa ini kunukilkan
Tanda persahabatan berpintal iman
Lantaran tak dapat ku sembunyi
Apa yang melingkar di hati
Kasihku padamu tidak terperi
Terhampar luas tak bertepi

Di saat gersang jiwaku
Kau sirami muhasabah
Di saat tandus amalku
Kau suburkan qudwah
Di saat gugur semangatku
Kau bajai quwwah

Tika air mataku berguguran
Kau turut kepiluan
Tika senyumku tak lekang
Kau ceria berpanjangan
Tika kesedihan bertamu
Kau hiburkan semampumu
Tika lemah menyapa
Kau ingatkan janji-Nya
Tika kejayaanku tercipta
Kau doakan reda-Nya bersama




Duhai teman sejatiku...
Masihkah kau semadikandi minda?
Bahawa ukhuwah yang terjalin antara kita
Adalah cinta tulus bersulam takwa
Rangkaian jiwa sesama insan manusia
Menjadi lambang keagungan cinta
Terhadap Sang Khaliq Maha Pencipta..








tiNta Hati ❥ Syauqah Wardah... at 12:42:00 am
0 comments Labels: tiNta HaTi (◡‿◡✿)

(✿ ♥‿♥) Cinta Manusia Wasilah Cinta Allah



Kalimah 'Cinta' sudah tidak asing lagi di telinga kita.Apatah lagi di kalangan remaja kerana sudah menjadi tanggapan umum bahawa cinta bermaksud ungkapan rasa sepasang merpati dua sejoli yang mabuk dilanda asmara.Bila menyebut cinta, sering kali terbayang di kepala kita pasangan-pasangan kekasih sehidup semati seperti 'Romeo and Juliet', 'Laila dan Majnun', "Uda dan Dara", dan sebagainya.Jalaludin Ar-Rumi menggambarkan akan kerana indah dan asyiknya cinta itu, sehingga syaitan pun dianggap bidadari.Yang pasti,sudah ramai orang yang berbahagia kerana cinta,namun tidak kurang juga yang menderita kerana penangan cinta.Cinta dapat membuatkan seseorang itu menjadi mulia, dan cinta juga mampu membuatkan seseorang itu menjadi hina.

Melihat kepada sirah Rasulullah bagaimana Siti Khadijah ra.ha mendapat kemuliaan kerana berkorban apa saja untuk membantu perjuangan sang kekasih yang sangat dicintainya iaitu Rasulullah s.a.w.Banyak lagi kisah-kisah cinta zaman nabi yang boleh kita jadikan contoh teladan dalam memaknai erti Cinta seperti kisah cinta "Zulaikha dan Nabi Yusuf", "Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis", "Nabi Ibrahim dan Siti Hajar" dan lain-lain.Semuanya berkisar tentang Cinta dan pengorbanan kerana Allah swt. Sebaliknya di zaman kita ini, ada di antara gadis-gadis sanggup menjadi hina dengan menyerahkan maruah mereka kepada orang yang mereka cintai.Adakah itu dinamakan cinta atau nafsu semata? Dan terlebih hina lagi hingga sanggup "mencabut nyawa sendiri" lantaran gagal dalam bercinta.Cinta yang sedemikian inilah yang membuatkan seseorang itu hina di dunia dan di akhirat.Nauzubillahhi min zalik...


"CINTA" dari segi bahasa bermaksud kecenderungan.Berpandukan kepada maksud ini "CINTA" bolehlah didefinisikan sebagai "kecenderungan yang kuat terhadap sesuatu yang disayangi sehingga membuatkan dia sentiasa membayanginya, menyebut namanya, rela berkorban deminya, menerima sepenuh hati segala yang ada pada insan yang dicintainya itu walaupun terdapat kekurangan padanya dan meluahkan semuanya melalui ungkapan kata-kata dan perbuatan".




Pandangan Islam Terhadap Cinta
Cinta menurut pandangan Islam adalah suatu perkara yang dibenarkan.Islam adalah agama fitrah dan cinta itu adalah fitrah manusia.Islam tidak melarang seseorang untuk mencintai dan dicintai.Rasulullah menggalakkan kita mengucapkan cinta itu.
"Apabila seseorang itu mencintai saudaranya hendaklah ia memberitahu bahawa dia mencintainya" (HR Abu Daud dan Tarmidzi)
Seorang muslim dan muslimah tidak dilarang untuk saling mencintai malah adalah sangat digalakkan kerana terdapat beberapa kelebihan melaluinya.Islam tidak menghalang cinta dan telah disediakan saluran yang halal(iaitu bernikah) di mana sepasang manusia itu bebas bercinta.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya,Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikanNya di antaramu rasa cinta dan kasih sayang." (Surah Ar-Rum:21)



Ayat di atas merupakan satu jaminan bahawa cinta dan kasih sayang itu akan Allah campakkan ke dalam hati pasangan yang bersatu kerana Allah (iaitu dengan cara bernikah).Jadi tidak perlulah menunggu untuk jatuh cinta terlebih dahulu ataupun "bercouple" dahulu sebelum menikah.Islam telah jelas menetapkan batasan-batasan ini untuk mengelak dari timbulnya gejala sosial dalam masyarakat.Betapa cantiknya Islam,setiap apa yang ditetapkan itu punya hikmah yang tersendiri.

Dalam Islam terdapat beberapa tahap cinta.Tidak boleh yang lain mengatasi yang lain melainkan mengikut turutannya.Ibnu Qayyim menyatakan ada 6 tahap cinta itu:
1. Tahap pertama, dan yang paling tinggi sekali ialah cinta yang menjadi hak Allah semata-mata.Itulah cinta hamba kepada Khaliq.
2. Tahap kedua selepas cinta kepada Allah ialah cinta kepada kekasih Allah,Rasulullah saw.Cinta yang melahirkan rasa hormat,patuh,ingin mempertahankannya,ingin menjadi pengikutnya dan melaksanakan segala sunnahnya.
3. Tahap ketiga ialah cinta antara mukmin dengan mukmin yang lain.Antara ibubapa dan anak, antara suami dan isteri yang membuahkan rasa mawaddah wa rahmah.
4. Tahap keempat, cinta sesama muslim yang melahirkan rasa ukhwah Islamiyah.
5. Tahap kelima, cinta sesama manusia.
6. Tahap keenam, cinta kepada selain manusia yakni binatang, harta benda dll.
Hubungan antara Cinta dan Iman
Cinta dan iman adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan.Kedua-duanya saling berkait rapat.Tidak akan rasa manisnya iman tanpa perasaan cinta.

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah ra, dari Rasulullah saw: "Barangsiapa ingin memperolehi kelazatan iman, hendaklah ia mencintai seseorang hanya kerana Allah swt" (riwayat Imam Ahmad dari Abu Hurairah). Dari Anas ra. dari Rasulullah saw, baginda bersabda: "Ada tiga perkara di mana orang yang memilikinya akan merasai manisnya iman, iaitu mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala-galanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan enggan untuk menjadi kafir setelah diselamatkan Allah daripadanya sebagaimana enggannya dia dilemparkan ke dalam api." (HR Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah ra., Rasulullah saw bersabda: "Demi zat yang jiwaku ada dalam genggamanNya, kamu sekalian tidak akan masuk syurga sebelum beriman, dan kamu sekalian tidaklah beriman sebelum saling mencintai" (HR Muslim).



Carilah cinta sejati, di lautan cinta berbahterakan taqwa berlayarkan iman yang dapat melawan gelombang syaitan dan hempasan nafsu, InsyaAllah kita akan sampai kepada tujuannya iaitu CINTA kepada Allah.Itulah cinta hakiki yang kekal selamanya.Adapun cinta kepada makhluknya, pilihnya cinta yang hanya berlandaskan cinta kepada Allah dan RasulNya.Bukan kerana pujuk rayu syaitan dan nafsu yang menggoda.Jadikan cinta manusia sebagai jambatan atau perantaraan untuk kita meraih Cinta Allah.InsyaAllah moga Cinta itu diberkati dan dirahmati Allah.


copied from : here

p/s : peringatan untuk diri sendiri jugak...hehe (◕‿-)





tiNta Hati ❥ Syauqah Wardah... at 3:28:00 pm
0 comments Labels: tiNta HaTi (◡‿◡✿)

Seindah Mawar

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam...
Biarkan jari jemari ini terus berbicara...

Indahnya jika diri seindah mawar,
yg mekar mewangi didalam botol kaca, tiada seekor kumbang berani hampiri...
Indahnya jika diri seindah mawar,
yg tetap subur mewangi dan mekar menghiasi taman...
Indahnya jika diri seindah mawar,
warnanya merah memikat hati yang memandang..
Indahnya jika diri seindah mawar,
warnanya putih melihatkan kesucian..
Indahnya jika diri seindah mawar,
dipagari duri-duri yang menjadi tembok dari kerosakan..
Indahnya jika diri seindah mawar,
harumannya mengharumkan segenap ruang..
Indahnya jika diri seindah mawar....

p/s: baru berjinak2 dalam dunia blogger...maaf andai banyak kekurangan.....(≧◡≦)



tiNta Hati ❥ Syauqah Wardah... at 11:58:00 am
0 comments

Duhai Wanita... (◕‿◕✿)

✿ seindah hiasan adalah wanita solehah ✿


Renungilah duhai wanita,

Daripada Abu Musa, Rasulullah SAW bersabda,
"Setiap pandangan mata yang haram adalah penzina dan sesungguhnya apabila wanita itu mengenakan haruman kemudian dia berlalu menghadiri majlis, maka dia adalah penzina."

Menurut Syaikh al-Maududi, terdapat 3 pengertian tabarruj:



  • menampakkan keelokan wajah dan bahagian tubuh yang boleh membangkitkan nafsu syahwat di hadapan lelaki yang bukan muhrim.
  • mempamerkan pakaian dan perhiasan yang indah di hadapan lelaki yang bukan muhrimnya.
  • mempamerkan diri dan berjalan dengan lenggang-lenggok di hadapan kaum lelaki yang bukan muhrim.


Sabda Rasulullah SAW: " Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk unta, mereka itu tidak akan masuk syurga."
(Riwayat Muslim)

NAFSU mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya.


AKAL mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya.


HATI mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.





tiNta Hati ❥ Syauqah Wardah... at 11:50:00 am
1 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

OwNer BlOg ^^,

mencari dan masih mencari dan akan terus tetap mencari
شكرا على انتبهتكم
Abu Abdillah al-Nu'man bin Basyir r.a berkata: "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'HALAL itu jelas dan HARAM itu jelas, dan diantara keduanya trdapat hal2 musyabbihat (syubhat/samar,tidak jelas halal haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Sesiapa yang berhati-hati dgn hal2 musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. dan, sesiapa yang terjerumus dlm syubhat, maka ia sprti pengembala di sekitar tanah larangan, hmpir2 ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bhwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal2 yg diharamkan-Nya. Ketahuilah bhwa didalam tubuh ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik, dan apabila seketul daging itu rosak maka seluruh tubuh itu pun rosak.Ketahuilah dia adalah HATI'."
 Orang Sedang Menjenguk Blog Ini







tagboard casino swiss WINPALACE CASINO How To Win Roulette Casino paysafecard

~ muTiaRa KatA ~

❤ TiNta hAti ❤

  • ✍..::Ibrah Sebuah Peristiwa::..
  • ❃ reNunGan BerSama ❃
  • PerKonGsiaN.....
  • tiNta HaTi (◡‿◡✿)

✿ My Journey ✿

  • ▼  2011 (19)
    • ►  April (1)
    • ▼  May (7)
      • Duhai Wanita... (◕‿◕✿)
      • Seindah Mawar
      • (✿ ♥‿♥) Cinta Manusia Wasilah Cinta Allah
      • Khas buat Tersayang ❤ ❤
      • Buatmu aR-riJaL...
      • JaNgan TaKut uNtuk BeRubaH (◡‿◡✿)
      • Dia Kekasih Awal Dan Akhir..
    • ►  June (2)
    • ►  July (1)
    • ►  August (4)
    • ►  September (3)
    • ►  November (1)
  • ►  2012 (6)
    • ►  January (4)
    • ►  March (1)
    • ►  April (1)

۩ FikRah a'LiM ۩

  • Saifulislam.Com
    Surah ‘Abasa dan Kisah Abdullah ibn Umm Maktum RA: Cerminan Islam dalam Pendidikan Inklusif
    4 weeks ago
  • Sebarkan Bahagia
    I CUT APPLE A PARENTING
    6 years ago
  • zaharuddin.net
    Pelbagai Soalan Hukum Berkaitan Sekitar Masalah Seks
    14 years ago
  • Oh! Islam

bLogWalKinG Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

  • Bayyinat
    #81 Susahnya nak solat
    7 years ago
  • .:: HaRuMaN MaWaR ::.
    Perkongsian : Hujan
    9 years ago
  • Penyebar Fikrah
    The Liebster Award by My Cutest Cousin
    10 years ago
  • ✿Berpaut Pada Firman dan Sabda✿
    Mithaqan Qholizo:)
    10 years ago
  • ..::gadisHIJRAH::..
    aurat
    12 years ago
  • Draw Your Hearts with Smile
    heee...
    12 years ago
  • Wasilah Kasih Pecinta Islam
  • Inilah Jalanku
  • Jalan Petunjuk
Show 5 Show All

cLicK tO FoLLoW ME

Followers

~vIsiTorS~




 

sYukRan (✿◠‿◠)

Free Blogger Templates by Leelou Blogs | Design Elements by Flower Scraps | Dedicated Servers and Colocation Sponsored by Colocation America